Acara pelancaran tersebut dilakukan secara dalam talian dan akan ke udara sekitar jam 6 petang di laman Facebook rasmi Vivo Malaysia.
Bagi memeriahkan lagi penstriman secara langsung itu, semua yang menonton layak untuk menyertai pertandingan "Watch and Win" dimana penontong bertuah bakal memenangi Vivo V19.
Seperti yang dilaporkan sebelum ini, Vivo V19 akan dilengkapi dengan Snapdragon 712, RAM 8GB, storan 128GB, bateri 4500mAh yang menyokong pengecasan Flash Charge 2.0 33W.
Rakaman hadapan dikendalikan oleh dwi lensa iaitu 32MP dan 8MP. Sementara itu bahagian belakang pula disediakan dengan kuad kamera terdiri daripada 48MP, 8MP super lebar, 2MP makro dan 2MP bokeh.
Terdapat dua pilihan warna untuk Vivo V19 iaitu Sleek Silver dan Gleam Black. Harga jualan peranti ini belum didedahkan lagi dan untuk itu, sama-sama kita nantikan upacara pelancaran 23 April ini.
Berkaitan
- Imej Panel Hadapan Realme 3, Turut Paparkan Markah Penanda Aras Antutu
- Semak Bil TNB Secara Online Guna Aplikasi Dan Web
- iPod Nano Generasi Ke-7 Bakal Berstatus Produk Vintaj Dan Lapuk
- Google Mempertingkat Fungsi Pengecam Suara Menerusi Reddit.
- Ciri Terbaru Yang Terdapat Dalam Android Nougat – Bahagian 1 (1/2)
- 10 Bandar Berteknologi Tinggi Di Dunia
- Huawei Bekerjasama Dengan TomTom, Alternatif Kepada Google Maps
- Telefon Jatuh Dalam Air, Nak Keringkan Guna Beras. Betul Ke?
- Ciri Tukar Nama Profil PSN Bakal Hadir Tidak Lama Lagi
- Sony PlayStation 4 Pro: Lulus Ujian Pensijilan Dari SIRIM