Vivo Malaysia Adakan Superday Di Johor, Pembeli Vivo V17 Pro Akan Terima Hadiah Percuma

Baru-baru ini, Vivo telah melancarkan peranti tebarunya iaitu Vivo V17 Pro pada 1 Oktober yang lalu. Peranti yang berharga RM 1,699 ini bakal dijual di seluruh negara bermula 5 Oktober ini.

Bersempena dengan jualan itu juga, Vivo Malaysia bakal mengadakan Vivo Superday pada 2 Oktober sehingga 6 Oktober 2019 yang bertempat di Mid Valley Southkey membolehkan rakyat Johor menikmati peranti itu dengan lebih dekat lagi.

Orang ramai yang berminat dengan Vivo V17 Pro boleh berkunjung ke lokasi yang dinyatakan sekarang untuk menjadi yang terawal menikmati peranti berkenaan apabila jualan pertamanya bermula pada 5 Oktober depan.



Selain itu, pembeli di sana juga akan menerima hadiah percuma berupa pemerah jus mudah alih eksklusif dari Vivo Malaysia.

Bagi memeriahkan acara jualan hari pertama itu (5 Oktober) artis tempatan, Priscilla Abby, selaku duta Vivo akan turut menyumbangkan lagu untuk orang ramai yang hadir.



Vivo V17 Pro hadir dengan dua Elevating Front Camera 32MP dan 8MP mankala ia juga hadir dengan 4 kamera utama bersaiz 48MP, 8MP kamera ultra lebar, 13MP telephoto dan 2MP depth sensor. Didatangkan dengan skrin 6.44 inch Ultra FullView Display serta dilengkapi 8GB RAM dan storan berkapasiti 128GB. Peranti ini juga hadir dengan bateri berkapasiti 4,100 mAh dan hadir dengan pengecasan pantas Dual Engine yang akan memberikan pengalaman baru kepada para pengguna.