Pertandingan FIFA 18- Peluang Untuk Menonton Piala Dunia 2018 Di Russia

Anda seorang pemain FIFA 18 yang handal? Rakan-rakan anda sering 'dibelasah' oleh anda setiap kali berlawan permainan FIFA 18? Maka kejohanan e-sukan 'Rah Rah Russia' adalah peluang terbaik anda untuk menyaksikan kejohanan Piala Dunia FIFA 2018 di Russia secara langsung.

Melalui kejohanan yang dianjurkan oleh Astro eGG Network dan dibawakan kepada anda oleh Vivo ini, para pemain akan berlawan sesama sendiri dalam permainan FIFA 18 menggunakan konsol PlayStation 4 bagi merebut hadiah wang tunai sebanyak RM 5,000 serta 2 tiket penerbangan ke Russia sempena dengan kejohanan Piala Dunia FIFA 2018 yang bakal dilangsungkan di sana pada Jun ini.



Pertandingan ini akan menggunakan format kelayakkan terlebih dahulu sebelum ke peringkat Grand Finals. Pusingan kelayakkan ini akan dijalankan di Sunway Carnival Mall, P.Pinang(13-15 April), Dataran Pahlawan Melaka Megamall, Melaka(27-29 April),Kuantan City Mall, Pahang(4-6 Mei) serta bagi zon tengah, ia akan berlangsung di Sunway Pyramid(11-12 Mei).

Di pusingan kelayakan, sebanyak 256 pemain akan bertanding dengan dibahagikan kepada 32 kumpulan, 4 pemain dalam satu kumpulan. Dan selepas itu, pusingan kalah mati akan dijalankan dengan 2 pemain terbaik dalam setiap kumpulan akan layak dan bertanding sesama mereka sehingga ke perlawanan akhir. Dua pemain yang layak ke perlawanan akhir pada setiap pusingan kelayakan akan mara ke Grand Finals, kecuali bagi pusingan kelayakkan terakhir di Sunway Pyramid, sebanyak 6 pemain terbaik bakal terpilih.



Bagi peringkat Grand Finals yang akan dilangsungkan di Lembah Klang pada 13 Mei nanti, sebanyak 12 pemain terbaik dari pusingan kelayakkan akan cuba untuk menjadi pemain terbaik sekaligus membawa pulang hadiah RM 5,000 berserta dua tiket penerbangan ke Russia. Harus diingatkan bahawa sepanjang perlawanan ini berlangsung, pemain hanya dibenarkan untuk mengggunakan pasukan yang layak bertanding di Piala Dunia FIFA 2018 sahaja. Selain itu, lambungan syiling akan dibuat sekiranya dua pemain yang menggunakan pasukan yang sama bertemu sesama sendiri.



Selain itu pada peringkat kalah mati, format 'best of three' akan diguna pakai. Para pemain perlu memberitahu kepada pegawai pertandingan berkenaan skor setelah setiap perlawanan selesai. Para pemain FIFA 18 diluar sana yang berminat boleh mengisi borang pendaftaran secara atas talian pada pautan ini. Peserta akan dikenakan bayaran yuran sebanyak RM 15 sahaja malah akan mendapat T-shirt percuma setiap seorang.

Tarikh tutup pendaftaran pagi setiap pusingan kelayakkan adalah seperti berikut :

P.Pinang: 12.00am 13 April 2018
Melaka: 12.00am 27 April 2018
Pahang: 12.00am 4 Mei 2018
Zon Tengah: 12.00am 11 Mei 2018

Anda boleh klik pautan di bawah bagi mengetahui dengan lebih lanjut berkenaan kejohanan ini:

  1. Terma asas

  2. Terma biasa

  3. Peraturan pertandingan


Sumber