vivo Kini Rasmi Melancarkan OriginOS - Hadir Dengan Pilihan Beralih Ke Antaramuka Android Asli

vivo kini secara rasmi telah melancarkan antaramuka baharu, OriginOS bagi menggantikan antaramuka Funtouch OS.

OriginOS

Antara ciri menarik pada antaramuka baharu ini adalah pilihan untuk beralih ke antaramuka Android asli secara bebas serta lebih mudah.

OriginOS

Mengambil inspirasi dari Klotski, ia dimuatkan dengan sistem grid baharu, di mana pengguna secara fleksibel dan bebas boleh menghasilkan pelbagai gabungan susun atur widget.

OriginOS

Komponen pada Library juga disusun dengan lebih minimalis dan mudah untuk diakses. Sebagai tambahan, menyeret ikon dari Library dan meletakkannya di antaramuka aplikasi dapat menghasilkan tetingkap kecil bagi memenuhi senario pelbagai tugas dengan cepat.



OriginOS turut menyokong gestur navigasi baharu yang memudahkan pengguna untuk menggabungkan 26 navigasi.



Antara lainnya yang dimuatkan pada OriginOS adalah aplikasi cuaca yang baharuwallpaper yang boleh diubah mengikut waktu, animasi ikon dan sebagainya.

Dalam pada itu, menerusi perkongsian @TechnoAnkit1 di Twitter, ia turut memperlihatkan antaramuka OriginOS dengan lebih jelas.

https://twitter.com/TechnoAnkit1/status/1328985931685117952

Buat masa ini, belum diketahui bila OriginOS akan mula ditawarkan dan peranti vivo mana yang akan menerima antaramuka baharu ini. vivo dijangka akan mengumumkan dengan lebih lanjut mengenai OriginOS pada persidangan vivo Developer Conference yang akan berlangsung esok.

Sumber: OriginOS