Namun, kamera gimbal ini hanya dimuatkan dalam model vivo X50 Pro, dan bukannya model mercu mereka iaitu vivo X50 Pro+.Ini seterusnya menimbulkan pertanyaan ramai mengapa model yang lebih mahal tidak menyertakan teknologi terbaharu ini.
Menurut vivo, mereka tidak memuatkan teknologi kamera gimbal pada model X50 Pro+ disebabkan sensor Samsung ISOCELL GN1 pada peranti tersebut adalah terlalu besar. Jika ia dimuatkan juga, peranti akan menjadi terlalu tebal dan tidak selesa untuk dipegang.
Walaupun tiada kamera gimbal, vivo X50 Pro+ masih lagi dilengkapkan dengan OIS untuk tujuan yang sama. Tambahan juga, sensor pada X50 Pro+ lebih berkualiti dan dimuatkan dengan teknologi terkini Tetracell dan juga pemfokusan Dual-Pixel..
Melihat kepada alasan vivo, sudah tentu mereka tidak mahu mengorbankan rasa genggaman premium peranti dengan memuatkan kamera gimbal.
Secara tidak langsung, ia memberikan pilihan kepada pengguna, jika lebih mengutamakan kualiti gambar terutamanya waktu malam, pilih X50 Pro+. Manakala untuk pengguna yang mahukan kualiti video dengan teknologi penstabilan terbaharu, mereka boleh memilih X50 Pro.
Sumber: Weibo
Berkaitan
- vivo Hadir Dengan Y70S - Peranti 5G Dijana Oleh Cip Samsung Exynos 880
- HONOR 30 Pro+ Kini Peranti Dengan Kamera Kedua Terbaik DxOMark Dengan Skor 125
- vivo Dan ZEISS Kini Umum Kerjasama Pembangunan Teknologi Kamera
- Huawei Mate 40 Pro+ Kalahkan Huawei Mate 40 Pro Untuk Kamera Terbaik DxOMark
- vivo Pula Tarik Diri Dari MWC 2020 Kerana Wabak Koronavirus
- Pendapat Akhir vivo Y76 5G - Resepi Sama, Umpan Berbeza
- Dapatkan Diskaun Membeli Peranti Vivo Dan Menangi Hadiah Menarik
- Prestasi Low-light Huawei P40 Pro+ Lebih Bagus Dari Huawei P50 Pro?
- vivo V20 dan V20 Pro Dilancarkan - Hadir Dengan Snapdragon 765G, Kamera Utama 64MP Dan Swafoto 44MP
- vivo V19 Dilancarkan - Snapdragon 712, 6 Kamera Dan 4500mAh Dengan Pengecasan 33W