vivo iQOO Ambil Masa Kurang Satu Jam Untuk Dicas Penuh

Peranti dibawa sub-jenama vivo, iQOO yang bakal dilancarkan tidak lama lagi hadir dengan pelbagai ciri dan fungsi menarik.

Salah satu daripadanya ialah pengecasan pantas vivo Super FlashCharge 44W.

Menurut vivo, melalui pengecasan tersebut, bateri berkapasiti 4,000mAh yang dimiliki telefon iQOO akan dapat dicas penuh dalam masa hanya 46 minit sahaja.

Kapsyen: iQOO via GSMA


Tidak mempunyai masa sebanyak itu? Jangan bimbang kerana peranti ini mampu mengecas sehingga 50% cuma dalam tempoh 16 minit.

Selain daripada itu, vivo iQOO ini akan dilengkapi dengan cip Snapdragon 855, skrin 6.4-inci AMOLED Super HDR serta sokongan memori sehingga 12GB RAM.

Sekiranya peranti ini ditawarkan pada harga berpatutan, tidak mustahil ia mampu mencabar jenama-jenama terkemuka lain pada tahun ini.

 

Sumber: GizmoChina