Vivo Diiktiraf Sebagai Jenama Pertama Peranti Di China

Selepas dianugerahkan sebagai Anugerah Jenama Pilihan Pengguna 2019, vivo kali ini mendapat pengiktirafan sebagai jenama pertama peranti di China.

Hasil penyelidikan dari IDC, vivo merupakan jenama peranti yang teratas bagi ''Pasaran Peranti 5G Di China pada Suku Ketiga 2019''. Laporan itu juga mendedahkan bahawa tiga jenama utama iaitu vivo, Samsung dan Huawei menyumbang 92.8 peratus daripada bahagian pasaran untuk telefon pintar 5G di China untuk suku ketiga 2019. Vivo menduduki tempat pertama dari segi penguasaan pasaran, dengan memperoleh 54.3 peratus daripada pasaran. 

Vivo juga  telah mengambil inisiatif untuk menjemput media di Mainland China untuk menghadiri acara "Hari Terbuka Vivo 5G" bagi memberi info lebih lanjut tentang vivo . Acara ini bukan sahaja memberi peluang kepada wakil media untuk melawat ibu pejabat vivo di Dongguan, mereka juga mendapat peluang untuk memperlihatkan barisan pengeluaran utama vivo X30.