Vivo Diangkat Sebagai Jenama Telefon Kegemaran Pasaran China

Baru-baru ini, persidangan Mobile Global Partner China 2019 secara rasminya telah diadakan di Guangzhou dengan tema "Infinite Possibilities of 5G Plus in The Future". Selain dapat menyaksikan China Mobile mengumumkan pelan produk terminal 2020 mereka, persidangan tersebut juga turut menekankan mengenai jenama kegemaran pengguna China pada tahun 2019, dan vivo tersenarai di dalamnya.

Hasil daripada keputusan tersebut, baik bagi dunia luar mahupun pengguna vivo sendiri, jelas menunjukkan yang ia bertepatan seperti apa yang diumumkan kerana reputasi vivo saban tahun kian meningkat.

Selain itu, dalam beberapa tahun kebelakangan ini, inovasi dalam setiap produk keluaran vivo telah dilihat makin bertambah baik, dan mungkin atas sebab inilah ia tetap menjadi pilihan orang ramai.

Apabila digelar sebagai "China Mobile Users' Favourite Brand of 2019", secara tidak langsung ia dapat memperbaiki lagi tahap kualiti vivo pada masa akan datang. Mungkin jolokan atau anugerah ini kelihatan seperti tiada apa, namun konotasinya jauh lebih penting daripada apa yang anda bayangkan.

Sudah pastinya apabila vivo memenangi anugerah ini, jenama mereka mendapat pengiktirafan yang tinggi dari penggunanya. Atas faktor-faktor lain yang melayakkan vivo diangkat dengan gelaran ini adalah kerana pengguna merasakan bahawa mereka memiliki peranti yang dilengkapi dengan teknologi canggih, reka bentuk yang inovatif, pengoptimuman pengalaman pengguna dan sebagainya.

Pada 5 November lalu, IDC ada mengeluarkan satu laporan, di mana pada suku ketiga tahun 2019, syarikat vivo sahaja telah menyumbang 54.3% daripada semua jenama telefon 5G yang dipasarkan di China, jauh kehadapan meninggalkan pengeluar telefon pintar yang lain.

Pastinya pada masa akan datang, vivo akan terus mendalami lagi strategi untuk kekal di tahap sebegini dalam jangka masa yang lama dan sentiasa akan memberi pengalaman yang terbaik kepada penggunanya.