Vivo Beri Peluang Pembeli V15 & V15 Pro Bawa Pulang DJI Tello Drone Secara Percuma

Vivo Malaysia telah memperkenalkan model V15 Pro pada 26 Februari yang lalu dan V15 pula akan dilancarkan pada 2 Mac ini.

Vivo V15 Pro ditawarkan pada harga RM1,799 manakala V15 pula hanya akan diumumkan pada majlis pelancarannya nanti.



Sehubungan dengan itu, Vivo akan mengadakan beberapa acara roadshow untuk mempromosikan dua model berkenaan.

Senarai tempat dan tarikh acara roadshow Vivo Superday Sale ini adalah seperti berikut:

Kapsyen: Vivo


Sempena dengan roadshow tersebut, pihak Vivo Malaysia memberi peluang untuk 200 pembeli terawal bagi model V15 dan V15 Pro untuk membawa pulang sebuah DJI Tello Drone  secara percuma.



Dron ini mampu untuk merakam video pada kualiti 720p selain menangkap foto 5MP, yang mana boleh dikawal melalui aplikasi telefon pintar.

Oleh itu, jangan lepaskan peluang anda dalam menggunakan kesempatan ini untuk mendapatkan peranti Vivo V15 atau V15 Pro bagi memenangi dron DJI Tello di roadshow Vivo Superday Sale berhampiran anda.

 

Sumber: Vivo Malaysia

Berkaitan