vivo Belum Ada Perancangan Untuk Menawarkan OriginOS Bagi Pasaran Global

Pada November tahun lalu, vivo telah melancarkan antaramuka baharu OriginOS di China, yang menggantikan Funtouch OS. Pada masa ini, versi Public Beta telah pun dijalankan untuk beberapa peranti di negara itu.

Bagaimanapun, peranti vivo untuk pasaran global masih lagi menerima antaramuka versi Funtouch OS. Terbaru, vivo menyatakan tiada perancangan untuk membawakan OriginOS bagi pasaran global.

Menerusi persoalan yang diajukan oleh pengguna di Twitter, Funtouch OS India telah membuat ciapan balas. Ia mengatakan OriginOS adalah untuk peranti vivo dan hanya dilancarkan untuk pasaran China.

https://twitter.com/FuntouchOS_IN/status/1364255380159619082

Bagi pasaran global, mereka belum lagi mempunyai perancangan untuk memperluaskan penawaran OriginOS, sekurang-kurangnya buat masa ini.

Apapun, tidak mustahil jika vivo akan melancarkan OriginOS untuk pasaran global pada masa akan datang.

Sumber: GizmoChina