Vivo Bakal Pertonton Rekaan APEX 2020 Di MWC 2020

Baru-baru ini, Vivo umum akan pertontonkan rekaan konsep APEX 2020 di MWC 2020. Acara itu akan diadakan di Barcelona pada 23 hingga 24 Februari 2020. Bermula tahun 2018, ini adalah tahun ketiga bagi siri APEX ini dipamerkan pada acara itu.

Siri APEX ini dikenali sebagai barisan telefon pintar berciri bezel yang nipis, nisbah skrin yang tinggi, kamera hadapan pop-up dan sebagainya. Peranti ini juga akan menggunakan sensor cap jari dan paparan skrin air terjun, sama seperti vivo NEX 3. Vivo APEX 2020 dijangka mempunyai sensor cap jari yang boleh dimbas pada seluruh permukaan skrin.

vivo apex Kapsyen: Vivo APEX kedua yang dipertontonkan di Malaysia pada tahun lalu


Pada port pengecasan, vivo APEX 2020 dilengkapi dengan pengecasan magnetik disebabkan peranti tersebut tidak mempunyai sebarang lubang port pengecasan. Selain itu, telefon pintar ini dikuasakan dengan cip pemprosesan yang terbaru iaitu Snapdragon 865. Dengan menggunakan cip pemprosesan yang terbaru, ia akan meningkatkan prestasi sesebuah peranti, grafik yang lebih baik dan penyambungan rangkaian 5G yang lancar.

Buat masa ini, tidak banyak maklumat yang didedahkan mengenai konsep APEX 2020. Sama-sama kita nantikan pada Februari ini di MWC 2020.