Triple AI Camera merupakan trend terbaru untuk telefon pintar masakini, dan Vivo S ini dilihat dilengkapi dengan kamera utama bersaiz besar, kamera Super Wide-Angle dan Depth Sensor Camera. Jika dilihat pada peranti yang terdahulu seperti Vivo V15 Pro dilengkapi dengan kamera utama 48 Juta Quad Pixel Sensor, kamera 8MP AI Super Wide-Angle dan 5MP Depth Sensor Camera, manakala bagi Vivo Y17 pula, mempunyai Kamera Utama 13MP, 8MP AI Super Wide-Angle Camera dan Depth Sensor Camera 2MP. Berkemungkinan Vivo S ini akan menawarkan salah satu fungsi kamera bagi kedua-dua peranti tersebut.
Sementara itu, visual menunjukkan pengimbas cap jari di belakang peranti, yang menunjukkan bahawa Vivo S ini dilengkapi dengan teknologi pengimbasan cap jari dalam Paparan. Ia merupakan suatu pencapaian yang terbaik yang perlukan kesinambungan setelah Vivo telah dianugerahkan salah satu "Inovasi Terbaik untuk Telefon Android pada 2018" oleh Android Authority.
Gambar di atas menunjukkan dua pilihan warna bagi peranti ini iaitu Diamond Black dan Skyline Blue.
Berkaitan
- Vivo X30 Dijangka Hadir Dengan Keupayaan Kamera “60X Zoom”
- Persoalan Sudah Terjawab, Vivo V17 Pro Dengan 6 Kamera Dilancarkan Di Malaysia 1 Oktober Ini
- Vivo Bakal Anjurkan Pertandingan PUBG MOBILE Disember Ini
- Telefon Pintar 6 Kamera Daripada Vivo Sudah Dapat Pengesahan SIRIM
- U Mobile Dan Impact Malaysia Bekerjasama Untuk Mempersembahkan Seni Mural
- Vivo Malaysia Adakan Superday Di Johor, Pembeli Vivo V17 Pro Akan Terima Hadiah Percuma
- Shopee Perkasakan Jenama dan Penjual Malaysia Untuk Manfaatkan Ledakan E-Dagang Sempena 10.10 Brands Festival
- Para Pengguna IOS Melaporkan PUBG Mobile Dan Fortnite Mempunyai Masalah Selepas Kemaskini IOS13
- Remaja Ini Merupakan Orang Malaysia Pertama Membeli Iphone 11
- Vivo Terajui Pasaran Dengan Teknologi Imbasan Cap Jari Bawah Paparan