Vivo Bakal Anjurkan Pertandingan PUBG MOBILE Disember Ini

Vivo, syarikat teknologi global terkemuka akan terus menjadi penaja untuk Fall Split of PUBG MOBILE Club Open (PMCO) Global Finals 2019 yang akan diadakan pada Disember ini di mana ia akan dipertandingkan menggunakan peranti keluaran syarikat pengeluar tersebut.


Vivo dilihat terus maju di hadapan pada arena e-sukan dalam memberi perkhidmatan terbaik kepada pengguna. Hasil kerjasama dengan PUBG MOBILE yang kini sudah mempunyai lebih ratusan juta peminat, ia membuatkan Vivo lebih fokus dalam membawakan permainan lebih lancar yang dapat memuaskan hati pengguna.

PUBG MOBILE Club Open 2019 (PMCO) mempamerkan penyertaan dari pemain Profesional / Semi-Profesional yang terbaik di dunia. Menawarkan hadiah bernilai USD1.3 juta, beberapa pasukan dari seluruh dunia akan bertempur untuk merebut kejuaraan pada bulan Disember akan datang.


Untuk pengetahuna, Vivo juga merupakan penaja pada acara Spring Splits Tournament pada bulan Julai di Berlin, Jerman. Persaingan tersebut berjaya menarik tumpuan ramai untuk hadir menyaksikan pertandingan terbesar yang pernah diadakan dalam arena e-sukan. Pertandingan esport mudah alih tiga hari yang terbesar itu juga mempamerkan persaingan global, dengan pasukan esport Top China memenangi hadiah utama sebanyak USD180,000.