Vivo APEX 2020 Hadir Dengan Pengecasan Tanpa Wayar 60W Dan Kamera Bawah Skrin 16MP

Hari ini vivo memperkenalkan telefon pintar siri APEX generasi ketiga iaitu APEX 2020. Siri APEX ini merupakan peranti konsep bercirikan bezel nipis, nisbah skrin yang tinggi, kamera hadapan terangkat dan sebagainya.



APEX 2020 memaparkan Paparan FullView Edgeless 120 darjah berbanding sebelum ini hanya 90 darjah. Sisinya menyediakan kesan visual, interaksi dan sentuhan. Sedikit berbeza berbanding vivo NEX 3 yang didatangkan dengan ''paparan air terjun''. Skrin pada peranti ini didatangkan dengan saiz 6.45 inci.



Peranti ini mempunyai keupayaan 5-7.5X zoom optikal dan 48MP kamera dengan penstabilan seakan gimbal. Dengan keupayaan 5-7.5X zoom optikal, rakaman potret menghidangkan kualiti yang lebih baik.

Zoom optikal juga membolehkan pengguna zoom pada subjek untuk mendapatkan pandangan yang lebih dekat dan memberikan kualiti gambar yang lebih baik. Selain itu dengan ciri gimbal pada kamera 48 MP, ia dapat mengimbangi pergerakan ketika merakam gambar dan memastikan penghasilan yang stabil.

Bagi kamera hadapan pula, vivo APEX 2020 membawakan inovasi dengan mengadakan kamera di bawah skrin dan dijana dengan 16MP.



Dikhabarkan telefon pintar APEX 2020 hadir pengecasan tanpa wayar Super FlashCharge 60W. Peranti ini dimuatkan dengan bateri yang berkapasiti 2000mAh dan dengan hanya 20 minit sahaja peranti tersebut dapat dipenuhkan. Telefon pintar dengan bateri yang tahan lama merupakan salah satu perkara yang penting bagi pilihan pengguna. Ini kerana ia dapat memudahkan urusan seharian dan sebagainya.

Berdasarkan spesifikasi yang ditawarkan, pengguna boleh meramalkan hanya beberapa sahaja spesifikasi yang berada di telefon pintar konsep ini akan dibawa pada peranti sebenar kelak.