Siri APEX 2020 adalah salah satu telefon pintar yang dinanti-nantikan oleh pengguna. Dari segi rekaan konsep serta spesifikasi yang mempunyai inovasi terbaru ini membuatkan ramai lagi tidak sabar untuk melihatnya.

IKLAN

Baru-baru ini, syarikat pengeluar telefon pintar vivo menjadualkan pelancaran bagi vivo APEX 2020 pada 28 Februari ini. Siri yang menampilkan slogan Vision Beyond ini, akan dilancarkan di Beijing, China. Dikhabarkan juga peranti ini berkongsi rekaan yang sama seperti vivo NEX 3. Vivo NEX 3 dihadirkan berciri bezel yang nipis dan paparan skrin air terjun.

vivo apex 2020

Siri APEX 2020 ini mempunyai keupayaan 5-7.5X zoom optikal dan 48MP kamera gimbal. Dengan keupayaan 5-7.5X zoom optikal, gambar yang diambil dapat rakaman potret yang lebih baik.

IKLAN

Selain itu, dengan kamera gimbal 48 MP juga ia dapat mengimbangi pergerakan ketika merakam gambar dan memastikan penghasilan yang stabil.