Vivo Anjurkan Pertandingan Selfie, Peluang Untuk Menang Sehingga RM100,000

Kepada anda yang suka selfie, dan suka posing depan kamera, inilah masanya untuk anda gunakan kesempatan ini untuk memenangi hadiah sehingga RM100,000.

Vivo Malaysia baru-baru ini mengumumkan pertandingan 'Vivo V15Pro Top Influencer – 32MP Perfect Selfie', bermula pada 6 May 2019 sehingga 24 May 2019.



Berikut merupakan langkah-langkah untuk menyertai pertandingan ini

1. Like FB Page Vivo Malaysia (https://www.facebook.com/VivoMalaysia)

2.  Ambil gambar selfie menggunakan sebarang jenis telefon.

3. Kirimkan gambar anda ke akaun FB dan Instagram anda bersama  #vivoMalaysia #V15 #V15Pro #32MP #WorldFirstElevatingFrontCamera #V15ProTopInfluencer

4. Tulis kapsyen “vivo V15Pro Top Influencer - 32MP Perfect Selfie”

5. Kongsikan gambar selfie anda di ruangan komen 'Contest Post' disini (https://www.facebook.com/VivoMalaysia/posts/1327997287361127)

Pihak Vivo Malaysia akan mengumumkan pemenang pada 25 May dan 26 May  ini berdasarkan gambar yang paling banyak 'like'.

Gambar-gambar peserta akan dimuatnaik ke dalam album khas dimana orang ramai lebih mudah untuk mengundi dengan menekan butang 'like'.



30 gambar terbaik akan dipilih berdasarkan gambar yang paling popular dan kemudian dari situ, 5 lagi gambar akan dipilih sebagai pemenang gambar terbaik dimana peserta berpeluang untuk memenangi hadiah bernilai lebih RM100,000.

Sekian, selamat berselfie.

Sumber: Vivo Malaysia