Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
vivo v21

Vivo Ada Telefon Baru Untuk Anda Yang Gilakan Selfie

Diterbitkan April 18, 2021 oleh Wiser MY

Beberapa hari lepas Vivo mula mengacah barisan peranti siri-V untuk pasaran tempatan. Semalam, Vivo Malaysia mengumumkan siri V21 akan dilancarkan pada tarikh 27 April 2021.

vivo – V21 series poster

Dengan kebolehan kamera swafoto menakjubkan pada harga mesra, peranti ini akan menjadi peranti diingini peminat dan pencinta swafoto.

Apa yang menarik adalah siri V21 tampil dengan kamera swafoto 44-megapiksel beserta bantuan sistem OIS. Ia juga mempunyai mod swafoto ‘Superior Night-time’ untuk persekitaran rendah cahaya.

Disamping itu, ia juga mempunyai ciri unik ‘Dual Selfie Spotlight’ dan ‘Screen Spotlight’ pada satu peranti yang sama.

Dengan RAM dalaman 8GB dengan efek tambahan 3GB, ia membenarkan pengguna mengambil gambar dan menyimpan memori tanpa bimbang kehabisan ruang.

Vivo Ada Telefon Baru Untuk Anda Yang Gilakan Selfie

Majlis pelancaran pada 27 April ini akan diserikan dengan penampilan pelakon Mira Filzah sebagai duta baharu telefon pintar siri V21.

Sumber: siaran akhbar Vivo

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
©2026 WISER.MY