Vitality - Permainan Video Terbaru Dari Pembangun PUBG Mobile Bakal Dilancarkan Tidak Lama Lagi

Permainan popular PUBG Mobile telah dibangunkan oleh Lightspeed & Quantum Studios bersama pasukan Tencent Games.

Terbaru, studio tersebut dikatakan akan melancarkan permainan video baru tidak lama lagi. Permainan itu ketika ini menggunakan kod nama "Vitality".

Vitality ini didakwa akan muncul sebagai permainan berasaskan "survival" dan zombi serta akan turut mempunyai beberapa unsur menarik seperti yang dimiliki permainan PUBG.

https://youtu.be/qHsrJKPi1oQ

Melihat kepada video acah di atas, ia memberi beberapa gambaran mengenai suasana dan gaya permainan yang ada pada permainan video ini nanti.

Antaranya ialah kepelbagaian cuaca, peta-peta yang berlainan, jenis senjata berbeza serta gambaran mod permainan multi-player.  

Ini bukanlah kali pertama Tencent tampil dengan permainan video berasaskan zombi. Sebelum ini, PUBG Mobile telah menampilkan watak makhluk pelik berkenaan semasa bekerjasama dengan Resident Evil 2.

Permainan ini dijangka akan dilancarkan untuk PC terlebih dahulu namun tidak mustahil akan ke platform-platform lain termasuk peranti mudah alih selepas itu.

Bagaimanapun, tidak ada tarikh rasmi pelancarannya telah diumumkan setakat ini.

 

Sumber: News18