Visionox Sudah Berjaya Bangunkan Teknologi Skrin Dengan Kamera Dibawahnya

Pasaran peranti pintar mengalami satu lagi cabaran dalam menghasilkan skrin penuh maksimum dengan bezel yang nipis. Ini menyebabkan pengeluar menggunakan kaedah takuk/punch-hole atau kamera bermotor untuk meletakkan kamera yang tidak menghalang penglihatan skrin.

Konsep skrin dengan kamera di bawahnya telah dipatenkan tidak lama dahulu untuk menyelesaikan masalah ini.  Sejak kebelakangan tahun ini, ramai syarikat telah mula bekerja keras untuk merealisasikan teknologi ini.

OPPO pada misalnya telah menghasilkan peranti konsep dengan skrin ini ketika MWC Shanghai 2019. Namun, teknologi OPPO ketika itu masih lagi terbatas kerana kualiti kamera kurang jelas dan kabur-kabur.

Hari ini, Visionox, iaitu salah satu pengeluar OLED terbesar di China dilaporkan telah berjaya hasilkan skrin dengan kamera di bawahnya. Tambahan lagi, mereka kini sudah mula untuk mengilang komponen skrin tersebut secara pukal.

Visionox ready for mass production of screens with under-display camera solution

Kaedah yang digunakan oleh Visionox untuk menghasilkan skrin sebegini adalah dengan menggunakan bahan organik dan juga bukan organik yang berlainan. Ia ditambah pula dengan algorithm yang memperbaiki kecerahan dan juga perubahan warna yang disebabkan oleh laluan cahaya ke lensa kamera.

Visionox ready for mass production of screens with under-display camera solution

Dengan pengumuman teknologi skrin ini, kemungkinan besar kita akan melihat ia akan dimuatkan dalam peranti seawal hujung tahun ini ataupun tahun 2021 nanti.

Buat masa ini, masih belum lagi diketahui pengeluar mana yang bakal menggunakan skrin Visionox ini.

Sumber: IThome

Berkaitan