Virtual Boy Dari Nintendo Mendapat Nafas Baharu Melalui Alat Oculus Rift VR

Virtual Boy merupakan satu alat permainan dari Nintendo  yang dianggap sebagai sesuatu yang jauh kedepan untuk teknologi pada masa itu. Namun, dengan kekangan teknologi seperti bateri yang tidak menampung penggunaan peranti tersebut untuk masa yang lama membuatkan Virtual Boy tidak mengecapi potensi sebenar yang diharapkan.



Virtual Boy merupakan konsol permainan yang menggabungkan alat kawalan bersama alat lihat yang memaparkan video grafik 3D dengan penapis berwarna merah (mirip dengan apa yang kita dapat lihat dengan alat seperti Oculus Rift). Nintedo melupakan projek Virtual Boy mereka dan terus ke hadapan bersama konsol Nintendo 64 yang mendapat sambutan hangat dari peminat mereka.

Jay Mattis, seorang pembangun permainan indie High Horse Entertaintment ingin mengembalikan nostalgia Virtual Boy dengan mengeluarkan peneladan VBjin untuk alat Oculus Rift yang membolehkan permainan Virtual Boy dimainkan menggunakan teknologi VR moden.



Mattis menjelaskan kepada Digital Trends bagaimana dia mendapat idea untuk membuat projek tersebut,
Sebaik sahaja konsol tersebut tidak diteruskan oleh Nintendo, Blockbuster Video cuba menjual inventori mereka dan saya membelinya bersama keseluruhan permainan dengan harga yang sangat murah. Saya menyukainya tetapi tidak dapat bermain untuk tempoh masa yang lama kerana kedudukan yang tidak selesa kerana memerlukan kedudukan tertentu. Selepas peneladan ini disiapkan, saya teruja kerana dapat bermain dengan selesa dengan cara yang lebih selesa.

Peneladan ini mempunyai dua mod; mod pertama adalah skrin statik, sama seperti apa yang dihasilkan oleh Virtual Boy asli dan kedua dimana skrin boleh bergerak dan pengguna boleh memilih untuk duduk dekat atau jauh dari skrin.

Penapis berwarna merah juga boleh ditukar kepada warna kelabu bagi mengurangkan tekanan kepada mata pengguna.

Sumber