Vircle Diperkenalkan, Aplikasi e-Dompet Khusus Untuk Murid Sekolah

Sejak wabak Covid-19 melanda, kehidupan harian sedikit sebanyak telah berubah. Contohnya sebelum ini kita mungkin tidak kisah berurus niaga dengan wang tunai, tetapi sudah mula beralih kepada pembayaran tanpa tunai.

Bagi ibu bapa pula, mungkin ada yang mula memikirkan bagaimana keadaan anak-anak apabila sekolah bakal dibuka secara berperingkat bermula 24 Jun ini.

Bagi meredakan kerisauan tersebut, sebuah aplikasi dikenali sebagai Vircle telah diperkenalkan. Ia dilengkapi dengan ciri penyediaan wang saku kepada anak-anak disamping ibu bapa boleh melihat bagaimana wang tersebut dibelanjakan.



Selain daripada pembayaran digital, Vircle turut disediakan dengan ciri pemantauan nutrisi. Ibu bapa juga boleh memberikan nota tambahan kepada pekedai sekiranya anak-anak mempunyai alergik.



Ketika ini, Vircle dikatakan sudah dilancarkan di 14 buah sekolah seluruh Malaysia dan penawaran lebih meluas akan dilaksanakan secara berperingkat.

Muat turun Vircle di Google Play dan App Store

 

Sumber: Fintech News

 

Berkaitan