0

Boleh dikatakan setiap hari kita akan menggunakan komputer, laptop atau tablet untuk membuat kerja pejabat, tugasan universiti dan sebagainya. Pasti kita pernah mengasingkan paparan skrin ke dua bahagian semata-mata ingin membaca maklumat dan menaip dalam masa yang sama.

Namun, sedikit mengganggu apabila tulisan atau paparan di kedua-dua bahagian terpaksa dikecilkan. Vinok Split adalah penyelesaian bagi masalah tersebut. Ia merupakan sebuah peranti yang boleh memaparkan skrin komputer anda ke dua paparan berasingan sekaligus memudahkan pembacaan atau rujukan ke paparan kedua.

Kredit: Vinpok

Peranti ini bukan sahaja boleh disambungkan dengan komputer riba, malah boleh dilakukan pada telefon bimbit. Buat masa ini, hanya beberapa peranti Android sahaja. Ia akan membolehkan para pemilik menggunakan fungsi seolah Samsung DEX pada peranti mereka. Peranti yang disokong Vinpok Split ini ialah :

  • Samsung Galaxy S8
  • Samsung Galaxy S9
  • Samsung Galaxy Note 8
  • Samsung Galaxy Note 9
  • Huawei Mate 10
  • Huawei Mate 10 Pro
  • Huawei P20
  • Huawei P20 Pro
  • Honor Note 10
  • Smartisan R1
  • Smartisan Pro 2S

Kredit: www.indiegogo.com

Bagi pemain game di luar sana, Vinpok Split juga boleh digunakan untuk bermain game. Anda hanya perlu sambungkan kabel jenis C yang didatangkan sekali dengan peranti ini ke PS4, Nintendo Switch atau Xbox anda.

Kredit : Tabletowo

Peranti ini juga amat ringan, mudah bawa dan pelbagai fungsi. Seperti biasa, peranti ini sukar didapatkan di pasaran tempatan. Mungkin ada peranti lain yang mempunyai fungsi serupa dengan Vipnok Split ini yang sedang dijual di pasaran tempat. Jika anda mengetahuinya, adalah dialu-alukan untuk berkongsi di laman komen.

 

Sumber: Indiegogo

Comments

Leave a reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

More in Trivia

You may also like