Vine 2.0 Akan Diperkenalkan Secara Rasmi Sebagai "Byte" Pada Tahun 2019

Aplikasi Vine muncul sebagai salah satu platform perkongsian video berdurasi pendek popular sejak beberapa tahun lalu. Kebanyakan video yang dikirimkan di platform berkenaan adalah menghiburkan dan lawak, menyebabkan popularitinya meningkat naik dengan pantas.

Tahun lalu, pengasas bersamanya Don Hofmann telah mengacahkan satu logo yang berbentuk "V2". Selepas beberapa lama tertangguh, akhirnya Hofmann telah mengesahkan bahawa aplikasi baru Vine itu akan dikenali sebagai "Byte" dan bakal dilancarkan pada musim bunga(di antara April hingga Jun) 2019.

https://twitter.com/dhof/status/1060613118089445377

Byte dikatakan akan menawarkan satu platform untuk kiriman gelung video. Satu laman sesawang rasmi bagi aplikasi berkenaan kini sudah boleh diakses untuk kemudahan mereka yang berminat untuk mengikuti perkembangan mengenai perkara ini.

Sekiranya anda juga berminat untuk mengikutinya dengan lebih dekat, anda boleh terus ke laman sesawang Byte dan daftarkan emel anda di sana.

 

Sumber: Engadget