Vikendi - Peta Baharu Dengan Tema Musim Sejuk Bakal Hadir Ke PUBG Tidak Lama Lagi

Sejak beberapa minggu yang lalu, peminat permainan video terkenal, PUBG telah diwar-warkan dengan kehadiran satu peta baharu. Terbaru, pihak PUBG telah pun mengesahkan bahawa peta baharu yang dinamakan Vikendi itu bakal tiba pada 19 Disember ini.

Vikendi merupakan sebuah peta yang bertemakan musim sejuk, maka tidak hairanlah jika kemaskini baru nanti akan turut membawakan beberapa kenderaan salji baharu.

https://youtu.be/CB5AGEsx-SY

Selain kenderaan, pemain juga dikatakan bakal berpeluang menggunakan sekurang-kurangnya satu senjata baharu nanti. Dari segi saiz pula, Vikendi dilaporkan mempunyai saiz yang lebih kecil berbanding Erangel dan lebih besar dari Sanhok.

Peta baru ini juga akan mula tersedia buat platform konsol bermula pada Januari namun tiada sebarang maklumat mengenai PUBG Mobile setakat ini.

 

Sumber: Polygon