Vidrian, Generasi Terbaru Teknologi Mini-LED Dari TCL

Yang pertama seumpamanya di dunia.


Pengeluar yang juga pembangun inovasi industri televisyen dari China, TCL memperlihatkan teknologi generasi terbaru paparan mini-LED yang dikenali sebagai Vidrian™ Mini-LED.

Teknologi Vidrian Mini-LED dari TCL ini adalah merupakan paparan TV pertama di dunia yang menggunakan litar semi konduktor dan beribu mikro-meter mini-LED yang disatukan secara terus ke dalam kristal kaca.

TCL menyatakan bahawa teknologi Vidrian Mini-LED mereka adalah tahap seterusnya untuk teknologi masa depan bagi menghasilkan TV yang dapat memberikan kualiti visual terbaik serta tahan lama kepada pengguna.

TCL telah membelanjakan sebanyak USD8 bilion sebagai pelaburan pembukaan fasiliti pemasangan automatik panel TV LCD dan Vidrian Mini-LED.

Malah mereka juga mencipta proses kerja baru bagi litar semi konduktoryang khusus bagi menghasilkan Vidrian Mini-LED yang dikatakan mampu memberikan lebih penjimatan tenaga, lebih jelas, kaya dengan warna serta ketepatan cahaya yang jitu.

TCL perlihatkan kehebatan teknologi Vidrian Mini-LED ini pada TV HDR 8K di pameran CES 2020.