Video YouTube Pada iOS Boleh Dimainkan Dengan Paparan Penuh Secara Menegak

Kemaskini yang ditunggu-tunggu sekian lama oleh pemilik iOS kini telah pun mula ditawarkan.

Pemilik iOS sedia maklum mengenai video YouTube yang dimainkan secara menegak akan mempunyai bar hitam dibahagian sisi dan ia agak kurang senang untuk ditonton.

Pertama kali diumumkan pada penghujung Ogos yang lepas,Google kini membawanya kepada peranti iOS. Melalui kemaskini aplikasi YouTube terbaru, video akan dimainkan secara paparan penuh walaupun ketika skrin dipegang menegak.



Sumber: YouTube