Video VIVO NEX 3 Dari Mrwhosetheboss, Memperlihatkan Rupa Sebenar Rekaan Skrin 'Waterfall'

Vivo NEX adalah siri dari Vivo yang mengetengahkan revolusi dan teknologi baru dalam dunia telefon pintar. Bermula dengan Vivo NEX edisi pertama, peranti pertama yang membawakan rekaan kamera 'pop-up' yang sehingga kini digunapakai oleh kebanyakkan telefon pintar pada tahun 2019.

Kemudian, Vivo NEX 2 pula hadir dengan membawakan rekaan dwi-skrin yang mungkin sesuatu yang terlalu ekstrem. Rekaan dwi-skrin nampaknya tidak popular dikalangan pengguna disebabkan tidak pratikal untuk digunakan. Namun, tidak dapat disangkal ia adalah sesuatu yang sangat unik.

Tahun ini, giliran Vivo NEX 3 pula membuat kemunculan. Kali ini pihak Vivo membawakan rekaan skrin 'air terjun', dimana skrin dibahagian tepi melengkung sehingga separuh badan.









Melalui video dari Mrwhosetheboss kita dapat lihat betapa luasnya skrin dibahagian sisi peranti. Pada masa yang sama terdapat sensor yang menempatkan butang aras suara.

Dalam video beliau turut mebandingkan skrin melengkung pada peranti Samsung dan ternyata lengkungan pada Vivo NEX 3 lebih luas, hampir meliputi keseluruhan sisi badan peranti.



Di bahagian belakang pula memperlihatkan rekaan kamera bulat dengan menempatkan 3 kamera. Tiada info tentang kamera peranti ini setakat ini. Namun, kami jangkakan 3 kamera utama yang terdiri daripada lensa sudut luas, telefoto dan lensa utama.

Vivo seperti yang anda tahu merupakan pengeluar yang paling berinovatif dan agresif dalam membawakan kelainan pada telefon pintar. Mereka juga antara pengeluar pertama yang berani mengetangahkan fungsi pengimbasan cap jari di dalam skrin.

Mereka juga berkemungkinan mengadaptasikan teknologi pengecasan pantas 120W untuk Vivo NEX 3 ini.

Pihak Vivo Malaysia sendiri masih belum mempunyai jawapan sama ada peranti ini bakal dibawa ke Malaysia atau tidak. Jika ya, Vivo memberi jaminan Wiser.my akan menjadi antara yang pertama berpeluang untuk memegang peranti ini.

Sumber: Mrwhosetheboss