Video Trailer Kedua Pokémon Detective Pikachu Dikeluarkan, Papar Kemunculan Mewtwo

Pada bulan November yang lalu, satu video trailer untuk filem terbaru Pokémon Detective Pikachu telah dikeluarkan.

Terbaru, menjelang tarikh tayangan rasminya di pawagam tidak lama lagi, video trailer kedua filem berkenaan pula dikeluarkan.

https://youtu.be/bILE5BEyhdo

Dalam video kali ini, ia telah memaparkan bagaimana Pikachu telah pun memulakan tugas-tugas menyiasatnya.

Beberapa watak Pokémon lain juga telah membuat kemunculan antaranya Charizard, Machamp dan Snubbull namun yang paling mencuri tumpuan ialah kemunculan watak Mewtwo dibabak akhir video.

Filem Pokémon Detective Pikachu akan ditayangkan di pawagam bermula pada 10 Mei ini dengan dibintangi oleh Ryan Reynolds(Pikachu), Justice Smith(Tim Goodman) dan Kathryn Newton(Lucy Stevens).

 

Sumber: Warner Bros.

Berkaitan