Video Trailer Avengers: Endgame Dikeluarkan, Tampilkan Captain Marvel

Hanya tinggal kurang dua bulan lagi sebelum siri ke-empat Marvel's Avengers, Endgame ditayangkan. Sehubungan itu, video trailer kedua bagi filem berkenaan telah pun dikeluarkan semalam.

Seperti video yang pertama, trailer kali ini juga dimulakan dengan kata-kata dari Tony Stark(Iron Man).

Selepas itu, ia turut memaparkan beberapa babak imbasan semula daripada filem-filem MCU yang terdahulu.

https://www.youtube.com/watch?time_continue=144&v=TcMBFSGVi1c

Antara yang menarik perhatian pastinya penampilan watak Captain Marvel di penghujung video. Selain itu, ia juga menunjukkan kehadiran semula Hawkeye dalam pasukan yang sebelum ini tidak bersama dalam Avengers: Infinity War.

Babak yang menampilkan adiwira-adiwira Avengers mengenakan kostum baharu berwarna putih-merah dan berlogo Avengers juga mencuri tumpuan peminat.

Filem yang ditunggu-tunggu ini bakal ditayangkan di pawagam pada 26 April dan segala persoalan di minda peminat Marvel pasti akan terjawab nanti.

 

Sumber: Marvel Entertainment

Berkaitan