Video 'Slaughterbots' Yang Menakutkan Menunjukkan Bahaya Drone Pembunuh

Satu video yang dipersembahkan pada hari Jumaat di dalam persidangan Senjata Konvensional Tertentu, United Nations, Geneva memaparkan kuasa menakutkan sebuah drone kecil yang dikuasakan oleh teknologi AI yang membuat keputusan siapa yang ia akan bunuh.

Dihasilkan oleh Future of Life Institute, video tersebut menunjukkan yang teknologi tercipta bagi tujuan pertahanan boleh dimanipulasi oleh sesiapa untuk tujuan jahat.

https://youtu.be/9CO6M2HsoIA

Elon Musk merupakan salah seorang yang mencadangkan kerajaan untuk mengawal selia semua teknologi AI. Dia merasakan yang teknologi AI ini terlalu awal untuk dibiarkan begitu sahaja dan perlu ada garis panduan perlu dibuat agar teknologi ini tidak disalah guna.