(Video) Sistem Lampu RGB Baharu Bakal Menghiasi Peranti Black Shark 2

Seperti yang kami laporkan sebelum ini, Xiaomi telah memberi gambaran tentang pelancaran peranti menfokuskan permainan mudah alih baru mereka, Black Shark 2.

Sehubungan dengan itu, satu video yang menunjukkan sistem lampu RGB baru bakal hadir bersama peranti berkenaan telah menjadi tular di internet.

https://www.youtube.com/watch?v=AAfwz17kKrY

Video tersebut telah dikirimkan oleh laman tiris terkemuka, Slaskleaks. Ia sekaligus hampir menyerupai ciri Chroma yang ada pada pesaingnya, Razer Phone 2.

Peranti ini juga dikatakan akan dipasarkan di peringkat global, bukannya sekadar di China seperti keluaran pertamanya. Ini kerana pelancarannya telah dipromosikan di laman BlackShark Global.

Baca juga : Xiaomi Beri Gambaran Peranti Black Shark 2 Akan Diperkenal Tidak Lama Lagi

Diharapkan peranti ini tidak akan menunggu lama untuk tiba di pasaran Malaysia dan dijual dengan harga yang mampu milik, sama seperti peranti-peranti Xiaomi yang lain.

 

Sumber : GSMArena   Slashleaks