(Video) Rakaman Video Dalam Air Dilakukan Menggunakan Mate 20 Pro

Keterujaan dalam menunggu kedatangan rasmi Huawei Mate 20 dan Mate 20 Pro kini semakin hangat. Ia berikutan satu kiriman video acah peranti Mate 20 Pro yang memberi petanda bahawa rakaman video dalam air mungkin boleh dilakukan melaluinya.

https://www.youtube.com/watch?v=YKFUVVuZISg

Kredit : Tech News@YouTube


Video ini sekaligus turut menggambarkan bahawa peranti Mate 20 Pro ini akan hadir dengan ciri kalis air, dan berkemungkinan besar mempunyai pensijilan IP68. Bagaimanapun, tiada sebarang pengesahan daripada pihak Huawei mengenainya setakat ini.

Siri Huawei Mate 20 akan diperkenalkan secara rasmi di London pada 16 Oktober ini dan pastinya lebih banyak maklumat akan diperolehi menjelang tarikh tersebut. Jadi, teruskan bersama kami di Wiser.my.

 

Sumber