Video Powerbank Terbakar Dalam Pesawat

Penumpang pesawat China Southern Airlines hari ini menghadapi saat getir apabila sebuah powerbank terbakar dengan tiba-tiba.

Peranti elektronik yang diletak diruang bagasi mula mengeluarkan bau hangit dan sejurus selepas itu terbakar sepertimana yang dirakam video.

Video tersebut dimuat naik ke laman twitter memperlihatkan pramugari dan penumpang bertungkus-lumus memadamkan api.

Dilaporkan pemilik powerbank terbabit ditahan pihak berkuasa untuk siasatan lanjut.

https://twitter.com/ChinaAvReview/status/967655625009213442?ref_src=twsrc%5Etfw&ref_url=https%3A%2F%2Fwww.channelnewsasia.com%2Fnews%2Fasiapacific%2Fchina-southern-airlines-flight-delayed-power-bank-catches-fire-9989698