(Video) Peranti Boleh Lipat Lenovo Muncul Dalam Satu Video Demo

Samsung dan Huawei sebelum ini dikatakan semakin hampir untuk membangunkan peranti dengan skrin boleh lipat mereka.

Namun, baru-baru ini sebuah peranti boleh lipat berjenama Lenovo pula dilihat muncul dalam satu video demo yang tular di Internet.

https://youtu.be/W1IEDzQCCz4

Kredit : Jed John@Youtube


Video berdurasi 10 saat itu menunjukkan bagaimana peranti yang agak panjang itu boleh dilipat sehingga 90 darjah. Apa yang agak mengecewakan ialah reka bentuk peranti yang dilihat agak panjang.

Kredit : GizmoChina


Malah, Lenovo Mobile dalam satu kiriman di laman Weibo mereka turut memberi gambaran bahawa peranti berkenaan mungkin akan dipertontonkan(jika tidak dilancarkan) pada Oktober kelak.

Apakah maksud sebenar kepada respon Lenovo berkenaan? Sama-sama kita nantikan Oktober ini.

 

Sumber