Video Komponen Apple Watch 2 Tertiris, Dikatakan Mempunyai Bateri Yang Lebih Besar.











Kita sudah semakin menghampiri sesi pengunguman Apple untuk iPhone, hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi.Video ini
menunjukkan ianya akan direka dengan kapasiti bateri yang lebih besar
iaitu 1.35Wh berbanding dengan model lama iaitu 0.94Wh. Sudah semestinya
anda mahukan kapasiti bateri dengan unit mAh bukan?, namun ianya tidak
dapat diketahui kerana belum diketahui tentang berapa voltan yang akan
digunakan oleh peranti tersebut.





Ada
juga ura ura mengatakan Apple menambah kapasiti bateri kerana ingin
menambah ciri GPS. Merujuk kepada video ini juga, dilihat peranti ini
mempunyai paparan yang lebih nipis dengan gasket Force Touch. Yang
pastinya, ianya tidak akan mempunyai sambungan selular kerana keupayaan
bateri yang rendah






 


 

Sama sama kita nantikan sesi pengunguman dari Apple tentang peranti baru mereka pada minggu hadapan iaitu pada 7 haribulan ini. Berkemungkinan besar Apple akan mempersembahkan iPhone 7 dan Apple Watch 2 pada masa yang sama.