[Video] IOS 11 Mungkin Akan Didatangkan Dengan Fungsi Smart Invert

Rasanya sudah lama Apple ingin membawakan fungsi "Dark Mode" ke dalam sistem operasi mereka tetapi ia hanya tinggal sekadar khabar angin.

Ramai beranggapan bahawa Apple belum bersedia dan mampu untuk melengkapkan teknologi berkenaan ke dalam peranti mereka.

Walaupunbegitu, peranti Apple mempunyai satu ciri yang seakan-akan serupa dikenali sebagai Invert Colour yang mana ia akan membalikkan warna yang digunakan pada:

  • foto

  • emoji

  • lampiran mesej


Tetapi ia tidak seperti apa yang pengguna harapkan.

Terkini, Apple dipercayai akan menghadirkan fungsi yang mirip seperti Dark Mode tersebut menerusi sistem operasi terbaru, iOS 11.

Fungsi yang dipanggil Smart Invert itu lebih pintar berbanding fungsi Invert Colour, kerana ia tidak akan mengubah warna aplikasi yang berwarna hitam kepada putih seperti contoh aplikasi Jam.

Aplikasi ini turut berjalan pada seluruh sistem iPhone tetapi tidak melibatkan foto. Jadi foto di dalam telefon tidaklah kelihatan seperti imej 'negatif'.

Kapsyen: Contoh foto bila fungsi Invert Colour digunakan


 

Kapsyen: Contoh foto bila fungsi Smart Invert digunakan


Ia kini ditawarkan pada iOS 11 versi beta dan bagi pengguna beta anda boleh akses ciri ini dengan langkah-langkah dibawah.

Settings > General > Accessibility > Display Accommodations > Invert Colors > Smart Invert

https://www.youtube.com/watch?time_continue=91&v=nYlZ5J8q-Vk

Sumber: Phone Arena