[Video] Ini Adalah ASUS ROG Phone 3 - Rekaan Tidak Banyak Berubah Dengan Model Sebelumnya

ASUS ROG Phone 3 diura-urakan pelancarannya pada Julai bulan hadapan. Ini adalah antara mengapa maklumat mengenai peranti ini meningkat secara tiba-tiba memenuhi ruangan internet.

Sebelum ini kita sudah melihat beberapa maklumat seperti spesifikasi utama peranti. Terbaru, terdapat video yang dimuat naik memperlihatkan rekaan keseluruhan peranti ini.

https://youtu.be/a9DBMUhp0eM

Walaupun hanya berdurasi 35 saat, ia mempamerkan rupa bentuk bermula dari belakang dan hadapan peranti. Pada ROG Phone 3, ASUS memuatkan 3 kamera belakang yang merupakan naik taraf dari dua lensa pada ROG Phone 2 sebelum ini.

Secara keseluruhan, rekaannya tidak banyak berubah berbanding dengan model sebelum ini. Ia juga masih mengekalkan rekaan tiada takuk atau kamera berlubang untuk paparan hadapannya.

Antara perkara menarik adalah logo Tencent Games pada bahagian belakang peranti bermakna terdapat kolaborasi sekali lagi antara ASUS dan Tencent. Untuk spesifikasi peranti dikatakan akan menggunakan Snapdragon 865 versi lebih pantas dan sehingga 16GB RAM.

Dari: Sparrow News

Beli ROG Phone 2 -
Lazada: https://invol.co/clpemk

Berkaitan