Video Hari Ibu Dari Xiaomi, Buat Aeril Zafrel Meleleh Air Mata

Bersempena Sambutan Hari Ibu yang bakal berlangsung 12 haribulan ini, pihak Xiaomi Malaysia menyajikan video temuramah bersama Aeril Zafrel bagi mengiktirafkan martabat seorang ibu.

Aeril Zafrel menceritakan detik-detik manis bersama ibunya dan luahan hatinya jika diberikan peluang sekali lagi.

Jom saksikan video di sini

[embed]https://youtu.be/di8pipH3yAY[/embed]

Di hujung video pihak Xiaomi turut mengiklankan Redmi Note 7, ditujukan kepada anak-anak untuk menghadiahkan kepada ibu mereka sempena Sambutan Hari Ibu tahun ini.

Pada harga bawah RM800, peranti ini dilihat sebagai peranti yang cukup garamnya, dengan beberapa ciri menarik seperti 48MP dan rekaan badan yang kukuh.

Bagi kami ia adalah satu hadiah yang amat sesuai untuk diberikan kepada ibu kita, apatah lagi dengan Sambutan Hari Raya yang bakal tiba ini.

Tiada sutera yang begitu lembut seperti belaian seorang ibu.

Selamat Hari Ibu.

Sumber: FB rasmi Xiaomi Malaysia