Video Berusia 120 Tahun Dinaik Taraf Kepada Resolusi 4K Dan Ini Hasilnya

Perkembangan teknologi rakaman video semakin berkembang dari tahun ke tahun. Jika dibandingkan dengan rakaman 20 tahun dahulu dan apa yang ada ketika ini, anda pasti boleh melihat perbezaannya.

Namun, bagaimana pula rakaman yang dibuat lebih dari 120 tahun dahulu? Melalui kebolehan sedia ada, pelbagai perkara boleh dibuat termasuklah menaik taraf video berusia lebih 120 tahun lalu kepada resolusi yang lebih baik.

Filem yang dimaksudkan adalah “L’Arrivée d’une train en gare de La Ciotat” atau The Arrival of a Train at La Ciotat Station yang dipertontonkan sekitar tahun 1896. Rakaman asal filem tersebut hanyalah berdurasi 50 saat dimana ia memaparkan ketibaan kereta api di stesen La Ciotat, Perancis.

Ia bukanlah sebuah rakaman yang baik untuk dilihat pada zaman sekarang kerana mempunyai gegaran serta kurang jelas. Tetapi seorang YouTuber, Denis Shiryaev berjaya mengubahnya kepada resolusi 4K pada 60fps. Beliau menggunapakai dua program untuk menaik taraf video tersebut iaitu Depth Aware Video Frame Interpolation serta Gigapixel AI.

Rakaman asal

https://www.youtube.com/watch?time_continue=48&v=1yv02Lzq5kg&feature=emb_title

Rakaman yang telah dinaik taraf

https://www.youtube.com/watch?time_continue=58&v=3RYNThid23g&feature=emb_title

Fakta menarik mengenai filem ini, dikatakan pada tayangan pertamanya penonton lari dari tempat duduk kerana menyangka kereta api itu "bergerak" kearah mereka.

Sumber: Mashable