(Video) Bayar Makanan Dengan Hanya Senyum Di Hadapan Kamera

China kini dilihat mempelbagaikan cara untuk menjalankan transaksi mereka dengan tidak terhad kepada penggunaan tunai, ataupun teknologi NFC.

Satu teknologi baru dikenali sebagai Smile to Pay telah diperkenalkan oleh Ant Financial yang dahulu dikenali sebagai Alipay dibawah naungan Alibaba Group.

Kerjasama telah dijalinkan Ant Financial bersama KFC dengan menyediakan perkhidmatan transaksi canggih terbabit di wilayah timur negara itu.

Pelanggan hanya perlu senyum dihadapan skrin yang dilengkapi dengan kamera setelah membuat pesanan secara layan diri.

Kamera 3D akan mengimbas wajah pelanggan untuk mengenalpasti identiti mereka dan pelanggan juga boleh membuat pengesahan melalui nombor telefon sebagai langkah keselamatan tambahan.

Hanya pengguna yang berdaftar dengan aplikasi Alipay sahaja yang boleh membuat transaksi berkenaan.

Mungkin teknologi ini akan dibawa ke Malaysia suatu hari nanti hasil kerjasama yang terjalin dengan syarikat itu. Apa kata anda?

https://www.youtube.com/watch?v=f-NIAUhU2E0

Sumber: CNBC