Video Acah Galaxy Unpacked Sahkan 5 Produk Yang Akan Dilancar 5 Ogos Nanti

Umum mengetahui peranti flagship Samsung akan diumumkan pada acara yang akan berlangsung 5 Ogos ini. Antara yang sudah pasti akan diperkenalkan pada acara itu adalah siri Galaxy Note 20 dan Galaxy Z Fold 2.

Selain dua peranti ini, Samsung juga akan menampilkan siri Galaxy Tab S7, Galaxy Watxh 3 dan Galaxy Buds Live. Kini, kelima-lima produk tersebut telah disahkan melalui video acah yang dimuatnaik Samsung di Youtube.

https://www.youtube.com/watch?v=3BJ7fF2aQqY

Selain itu, Samsung turut mengacah beberapa akses dan cerita di sebalik tabir dari pembangun dan pereka pada acara ini. Acara pelancaran akan diadakan sepenuhnya dalam talian. Oleh itu, masih belum diketahui bagaimana acara ini akan berlangsung dengan segala persediaan yang telah dilakukan.

galaxy unpacked

Terdahulu, rekaan Samsung Galaxy Note 20 Ultra telah mula tersebar. Peranti ini hadir dengan bezel atas dan bawah yang nipis serta sisi yang sedikit melengkung dengan Infinity-O berada ditengah. Panel belakang pula memperlihatkan kombinasi tiga kamera disusun didalam modul petak.

Untuk maklumat rasmi mengenai kelima-lima produk tersebut, nantikan pelancaran pada 5 Ogos ini.

Sumber: 9to5Google