Video Acah "Avengers: Endgame" Muncul Sebagai Video Paling Tinggi Tontonan Dalam Tempoh 24 Jam

Baru sahaja semalam kami melaporkan mengenai pelepasan video acah oleh pihak Marvel Studios bagi filem "Avengers: Endgame" mereka. Hari ini, tidak lama selepas itu, Marvel telah memuatnaik satu kicauan di Twitter mereka seperti berikut:

https://twitter.com/Marvel/status/1071470056327053317

289 juta tontonan dalam masa 24 jam? Wow! Nampaknya para peminat di seluruh dunia sudah mula rasa tidak sabar untuk menonton siri kegemaran mereka ini nanti.

Namun, jumlah ini sebenarnya merangkumi tontonan dari pelbagai platform seperti YouTube, Twitter, Facebook dan sebagainya. Semasa artikel ini ditulis, jumlah tontonan di YouTube rasmi Marvel Entertainment adalah sebanyak 49 juta.

Antara perkara yang memberikan keterujaan kepada peminat untuk menonton filem ini nanti ialah untuk mengetahui nasib adiwira-adiwira yang dihilangkan Thanos, kepentingan watak Ant-Man, kemunculan Captain Marvel serta ura-ura yang mengatakan Miss Potts bakal muncul sebagai adiwira baharu.

Filem "Avengers: Endgame" akan mula ditayangkan pada 26 April ini. Untuk mereka yang masih belum menonton video acah ini, anda boleh menontonnya di bawah.

https://www.youtube.com/watch?v=hA6hldpSTF8

 

Sumber: @Marvel

Berkaitan