Vevo Mahu Tamatkan Servis Aplikasi Android dan iOS, Mahu Lebih Fokus Kepada Empayar Youtube

Penyedia servis penstriman muzik atas talian terkenal, Vevo telah mengambil keputusan untuk tidak lagi memberi sokongan kepada aplikasi mandiri mereka pada platform mudah alih selepas ini. Menurut Vevo, mereka mahu memberikan lebih fokus terhadap empayar Youtube yang telah mereka bina ketika ini.

Vevo yang telah berkerjasama dengan Youtube sejak tahun 2009 lagi sebelum ini memutuskan untuk tidak lagi terlalu bergantung dengan syarikat milik Google tersebut. Atas beberapa sebab berkaitan perniagaan, mereka telah menghasilkan aplikasi mudah alih mereka sendiri bagi meningkatkan keuntungan tanpa perlu berkongsi dengan Youtube.



Namun, usaha mereka tersebut dianggap gagal selepas majoriti daripada penonton Vevo masih lagi menonton video mereka melalui laman penstriman video gergasi tersebut. Ia menyebabkan mereka terpaksa mengambil keputusan berkenaan.

Vevo ketika ini sedang mengalami beberapa perubahan dalaman setelah Ketua Pegawai Eksekutif mereka, Erik Huggers meninggalkan syarikat penghujung tahun lalu. Dan sehingga kini mereka masih belum lagi berjaya mendapatkan pengganti tetap untuk beliau.

Sumber