Versi Pelayar Firefox 70 Akan Menandakan Semua laman HTTP Sebagai “Not Secure”

Pastikan laman yang dilayari anda menggunakan "https".


Bermula dari versi Firefox 70, Mozilla memaklumkan mereka memaparkan label “Not Secure” pada mana-mana laman sesawang yang masih menggunakan protokol HTTP (Hyper Text Transfer Protocol).

Status “Not Secure” memang sudah sedia dipaparkan oleh Firefox ketika ini. Cuma ia hanya terhad pada beberapa halaman yang didapati mempunyai borang untuk diisi atau panel log masuk sahaja.

Kapsyen: Versi terbari pelayar Firefox ketika ini adalah Firefox 68.0.1.


Tetapi bermula versi 70 yang dijangka akan dilepaskan kepada pengguna dalam bulan Oktober nanti, kesemua laman sesawang yang masih tidak menyokong HTTPS (tambahan S yang bermaksud Secure) meliputi laman berita dan sebagainya, akan dilabelkan status sebagai “Not Secure”.

Tindakan Mozilla ini mengekori langkah Google yang telah mula dulu memaparkan status “Not Secure” pada semua laman sesawang yang menggunakan HTTP bermula pada versi pelayar Google Chrome 68 yang dilancarkan pada tahun lepas.

Sumber: ZDNet