Versi Lama Antaramuka YouTube Di Komputer Akan Ditamatkan Pada Mac Ini

Ketika ini pengguna masih boleh mengakses antaramuka YouTube yang lama.


YouTube telah pun memperkenalkan antaramuka baru laman YouTube di komputer sejak Ogos 2017 lalu. Antara ciri baru yang diperkenalkan adalah tetapan tema gelap dan material antaramuka terbaru yang lebih segar.

Namun begitu, walaupun sudah hampir 3 tahun antaramuka baru laman YouTube telah diperkenalkan, pengguna masih lagi boleh memilih sama ada mahu terus menggunakan antaramuka lama atau beralih kepada antaramuka YouTube yang baru.

Pengguna yang masih melayari laman YouTube dengan menggunakan antaramuka lama, mereka akan menerima paparan notifikasi supaya beralih kepada antaramuka YouTube yang baru.



Walaubagaimanapun, YouTube sudah memaklumkan bahawa mereka akan menamatkan akses antaramuka laman YouTube yang lama dalam bulan Mac nanti.

Selepas daripada itu, semua pengguna yang melayari laman YouTube akan dipaparkan dengan antaramuka yang baru.

"...older version will be going away in March and you'll only be able to access newer desktop versions to enjoy the best of YouTube." YouTube.

Jadi, kepada penggemar tegar laman YouTube, anda lebih selesa melayari laman YouTube dikomputer anda dengan menggunakan antaramuka lama atau rekaan YouTube yang baru?