Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
ZTE Tidak Berhasrat Guna HarmonyOS Untuk Telefon Mereka Tahun Ini

Versi HarmonyOS 2.0 Untuk Peranti Pintar Diperlihatkan

Diterbitkan April 28, 2021 oleh ariff bukhari

Pada lewat tahun lepas, Huawei telah menawarkan sistem operasi HarmonyOS versi beta kepada pembangun.

HarmonyOS dikhabarkan akan dijalankan oleh sekitar 90% peranti keluaran Huawei, termasuklah telefon pintar, penjejak kesihatan dan tablet.

Untuk tahun ini pula seperti yang dijadualkan, Huawei baru sahaja melepaskan versi beta HarmonyOS 2.0 kepada para pembangunnya.

Tidak lama selepas itu, video demo HarmonyOS itu telah dikongsikan di laman sosial Weibo.

Menurut video itu, elemen-elemen antaramuka HarmonyOS termasuklah ikon, tetapan menu dan animasinya direka dengan reka bentuk baru.

https://www.youtube.com/watch?v=GjP0XnSsNBE

Walau bagaimanapun, daripada apa yang penulis lihat dari video tersebut dapat disimpulkan, ia adalah hampir menyerupai reka bentuk antaramuka yang terdapat pada sistem iOS dan iPadOS dari Apple.

Ia jelas boleh dilihat pada reka bentuk ikon, tona warna yang digunakan pada keseluruhan antaramuka, menu tetapan, animasi dan lain-lain.

Sekaligus menyebabkan ‘feel‘ yang dirasakan dari tontonan video tersebut amat menyamai ketika menggunakan iPad.

Tetapi itu hanyalah pendapat penulis. Bagaimana pula dengan anda?

Sumber: Huawei Central

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY