Connect with us

Berita

Versi Baru Pelayar Firefox Bakal Hadir Pada Telefon Pintar Android

ariff bukhari

Ditulis

pada

Pelayar Firefox terbaru ini menjadikan pelayaran internet anda lebih pantas dan lebih mengutamakan provasi penggunanya.

Mozilla, pembangun aplikasi pelayar sesawang Firefox telah pun melancarkan projek terbaru mereka khusus bagi menambah baik aplikasi pelayar Firefox yang sedia ada untuk pengguna telefon pintar Android.

Sejak beberapa bulan yang lalu, Mozilla telah pun memulakan pembangunan aplikasi pelayar terbaru yang dikenali sebagai Firefox Preview yang bertujuan untuk menggantikan aplikasi pelayar Firefox yang ada untuk telefon pintar Android ketika ini.

Menurut Mozilla, Firefox Preview (nama sementara bagi aplikasi ini) akan lebih pantas serta lebih mengutamakan privasi penggunanya. Mozilla mendakwa, Firefox Preview adalah 2 kali lebih pantas dari versi Firefox untuk peranti Android yang ada sekarang.

Prestasi tersebut dicapai menerusi enjin GeckoView yang dibangunkan khusus oleh Mozilla ke dalam pelayar Firefox Preview, sekaligus memberikan prestasi yang menyamai pelayar Firefox Quantum yang digunakan pada komputer.

Rekabentuk antaramuka yang moden bukan sekadar rupa sahaja, sebaliknya direka bagi tujuan kepantasan untuk melayari internet. Tidak sekadar mementingkan prestasi, ia juga turut dilengkapi dengan ciri yang memudahkan pengguna mengurus, menyusun, berkongsi maklumat serta banyak lagi ciri menarik yang ditawarkan kepada pengguna.

Malah ciri perlindungan privasinya, Tracking Protection secara automatik adalah tersedia pasang bagi memastikan penggunanya terlindung daripada paparan iklan serta penjejak yang mungkin berniat jahat.

Sekaligus memberikan prestasi terbaik dan mengurangkan tetingkap menjengkelkan daripada dipaparkan ketika pengguna melayari internet.

Antaramuka Firefox Preview dan antara ciri terbaru yang ada pada aplikasi tersebut.

Aplikasi Firefox Preview sudah pun mula ditawarkan oleh Mozilla kepada para pengguna telefon pintar Android yang boleh dimuat turun secara percuma terus dari Google Play Store.

Versi penuh aplikasi ini dijangka akan dilepaskan dalam bulan September tahun ini juga. Bagi pengguna iPhone pula, anda berkemungkinan besar tidak akan dapat merasai kehebatan pelayar Firefox Preview di peranti anda kerana Apple melarang penggunaan mana-mana pelayar enjin selain daripada WebKit yang dibangunkan mereka sendiri. Ini bermakna Firefox Preview tidak akan dilepaskan untuk peranti iOS.

Sumber: Mozilla Blog

Continue Reading
Advertisement
Apa Komen Anda

Tinggalkan Pandangan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Popular