Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Valve Umumkan Counter-Strike 2, Bakal Hadir Pada Pertengahan 2023

Valve Umumkan Counter-Strike 2, Bakal Hadir Pada Pertengahan 2023

Diterbitkan Mac 23, 2023 · Dikemas kini Mac 23, 2023 oleh Firdaus

Valve telah mengumum dan mengesahkan kehadiran Counter-Strike 2 kepada semua pemain di luar sana. Menariknya lagi, ia akan hadir lebih awal daripada yang kita sangkakan.

Today we're excited to announce Counter-Strike 2. Counter-Strike 2 is an overhaul to every system, every piece of content, and every part of the C-S experience. First, let's talk about smoke grenades: pic.twitter.com/iTtguRHJ0S

— CS2 (@CounterStrike) March 22, 2023

Walaupun Valve tidak memberikan tarikh rasmi pelancaran game itu tetapi ia akan dilancarkan sekitar musim panas 2023 ini.

Oleh itu, kita boleh jangkakan ia hadir sekitar pertengahan tahun ini. Counter-Strike 2 ini adalah sebuah naik taraf percuma kepada CS: GO nanti.

Pembangun game itu mendakwa Counter-Strike 2 ini adalah peningkatan penuh bagi setiap sistem, kandungan, ciri dan pengalaman yang ditawarkan francais CS itu sendiri.

Selain itu, Valve turut menyediakan 3 video baharu berkenaan ciri-ciri baharu yang akan diperkenalkan dalam CS 2 itu nanti:

Counter-Strike 2: Leveling Up The World

Counter-Strike 2: Moving Beyond Tick Rate

Counter-Strike 2: Responsive Smokes

Ketika ini, percubaan beta telah pun berlangsung yang disertai oleh pemain-pemain yang terpilih. Dan para pemain hanya boleh menggunakan senjata dan peralatan yang disediakan dengan beberapa ciri yang telah dihadkan.

Kami sangat teruja dan terkejut dengan berita yang hadir secara tiba-tiba daripada Valve ini. Berdasarkan video-video di atas, kita boleh jangkakan Counter-Strike 2 ini bakal mendapat sambutan yang sangat positif daripada komuniti gamer di luar sana termasuklah kami di sini.

Berkaitan

  • 'Skin' AK-47 CS:GO Telah Dijual Pada Harga Lebih RM700,000
  • Pengasas Instagram Dakwa Aplikasi Itu Telah Kehilangan Identitinya
  • Kuo: Pengecas USB-C Apple Hanya Sokong 20W Sahaja
  • Apple Tidak Mahu Terlalu Bergantung Kepada Samsung
  • Rakyat Malaysia 'Terpaksa' Bayar Lebih Untuk Pelan Internet, Thailand Lebih Berpatutan

Sumber: Valve, PC Gamer, GameSpot

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
©2026 WISER.MY