Valve Mengumumkan Tarikh Untuk Kejohanan International Dota 2017

Bersiap sedia untuk membayar lebih kerana harga tiket dijangka naik untuk sesiapa yang hendak menontonnya di tempat kejohanan.

Valve harini mengumumkan tarikh kejohanan tahunan The International Dota 2. Kejohanan yang bakal memasuki siri ke 7 atau TI7 akan bermula dari 7 Ogos hingga 12 Ogos di Key Arena, Seattle, Amerika Syarikat. Perlawanan antara kumpulan bermula awal dari tarikh yang dinyatakan di atas.

TI 7 bermula lebih kurang 12 bulan dari kejohanan tahun lepas dan seperti tahun lepas, tiket ditawarkan dalam dua bahagian. Satu untuk perlawanan hari minggu dan satu lagi untuk peringkat akhir yang akan mengambil tempat pada hujung minggu.

Walau bagaimanapun, Valve mengumumkan kenaikan harga tiket berbanding TI 6 yang menyaksikan tiket hari minggu berharga RM 442 dan tiket final berharga RM 882.

Pakej penuh kejohanan tidak ditawarkan dan peminat yang berharap untuk menhadiri acara utama boleh membeli tiket melalui Ticketmaster. Tiket akan mula dijual pada 4 April bermula jam 10 pagi (waktu pasifik) dan 10 malam (waktu pasifik).

Sebelum itu, peminat boleh menikmati kejohanan Dota Asia yang sedang berlangsung di Shanghai, China dan kejohanan Major bulan depan yang berlangsung di Kiev. Kedua-dua kejohanan ini akan menawarkan hadiah wang tunai RM 13 juta.

Sumber