Valve harini mengumumkan tarikh kejohanan tahunan The International Dota 2. Kejohanan yang bakal memasuki siri ke 7 atau TI7 akan bermula dari 7 Ogos hingga 12 Ogos di Key Arena, Seattle, Amerika Syarikat. Perlawanan antara kumpulan bermula awal dari tarikh yang dinyatakan di atas.
TI 7 bermula lebih kurang 12 bulan dari kejohanan tahun lepas dan seperti tahun lepas, tiket ditawarkan dalam dua bahagian. Satu untuk perlawanan hari minggu dan satu lagi untuk peringkat akhir yang akan mengambil tempat pada hujung minggu.
Walau bagaimanapun, Valve mengumumkan kenaikan harga tiket berbanding TI 6 yang menyaksikan tiket hari minggu berharga RM 442 dan tiket final berharga RM 882.
Pakej penuh kejohanan tidak ditawarkan dan peminat yang berharap untuk menhadiri acara utama boleh membeli tiket melalui Ticketmaster. Tiket akan mula dijual pada 4 April bermula jam 10 pagi (waktu pasifik) dan 10 malam (waktu pasifik).
Sebelum itu, peminat boleh menikmati kejohanan Dota Asia yang sedang berlangsung di Shanghai, China dan kejohanan Major bulan depan yang berlangsung di Kiev. Kedua-dua kejohanan ini akan menawarkan hadiah wang tunai RM 13 juta.
Sumber
Berkaitan
- Hukuman Terbaru Google Terhadap Aplikasi Yang Tidak Dibina Dengan Baik Di Play Store
- Apple Failkan Petisyen Terhadap Qualcomm Di Pejabat Paten & Tanda Dagang
- Apple Tidak Akan Membayar Qualcomm Sebarang Royalti Semasa Kes Berlangsung Di Mahkamah
- Penstabilan Imej Optikal VS Penstabilan Imej Elektronik
- Nokia 7 Plus Mendapat Sokongan ARCore Dengan Nokia 8 Sirocco, 8, Dan 6.1 Bakal Menyusul
- Tesla Hampir Pasti Untuk Membina Kilang Di China
- Google Memberi Penghormatan Kepada P. Ramlee Dalam Bentuk 'Doodle' Bagi Memperingati Ulangtahun Kelahiran Ke-88
- Peranti Pengesan Kanser Kulit Memenangi Anugerah Antarbangsa James Dyson 2017
- vivo Tawar Diskaun Sehingga RM1,000 Untuk Jualan 7.7 Di Shopee
- Google Messages Di Peranti Android Akan Ada Ciri Baru